Sunday, November 11, 2018
ICERD undang ketegangan
oleh Dr.Zulkeflee Yaacob
ICERD akronim International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum.
Konvensyen itu telah dibuka sejak 1965 dan berkuatkuasa 1969. Malaysia di antara negara yang tidak mengesahkannya daripada 15 buah negara termasuk Brunei dan Israel.
Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU 14, mengundang keghairahan untuk mengesahkannya sebagai janji pilihanraya khususnya kepada orang bukan Melayu.
Dengan memetik dan rujukan artikel Tun Abdul Hamid Mohamad mengenai konvensyen itu, antara lain, memperuntukkan:
Perkara 1 Fasal 1 adalah takrifan “diskriminasi kaum” yang bermaksud “sebarang perbezaan, pengecualian, sekatan atau keutamaan berdasarkan bangsa, warna, keturunan”.
Keistimewaan kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah diskriminasi.
Fasal 2. Diskriminasi antara warganegara dan bukan warganegara dibenarkan.
Fasal 4. Diskriminasi seperti yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dibenarkan jika ia memenuhi syarat-syarat yang disebut dalam fasal ini. Tanpa menghujahkan alasan-alasan lain, Perkara 153 tidak akan terkecuali kerana ia bukan bagi suatu tempoh yang terhad. Ia tidak menyebut bahawa ia tidak akan “diteruskan setelah tujuan yang ia (langkah itu) diambil telah dicapai”. Selain dari itu, jika konvensyen itu disahkan, pihak yang tidak mahu adanya Perkara 153 akan menghujahkan bahawa tujuannya telah tercapai dan masa selama lebih daripada 60 tahun sudah cukup panjang dan ia tidak sepatutnya dibiarkan berterusan.
Perkara 2 Fasal 1. Kerajaan hendaklah, antara lain, berusaha untuk menghapuskan diskriminasi kaum dengan segera termasuk meminda, membatal dan memansuhkan undang-undang yang mengekalkan diskriminasi kaum. Dalam kata-kata lain, Perkara 153 perlu dimansuhkan dan segala dasar yang yang mengutamakan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, mestilah dihentikan.
Perkara 3 tidak terkesan kerana kita tidak mengamalkan apartheid.
Perkara yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan tentang takrifan “diskriminasi kaum” kerana Perkara 8(4)(f) yang menghadkan Regimen Askar Melayu kepada orang Melayu. Perkara 89 mengenai Tanah Simpanan (Rizab) Melayu. Sementara Perkara 153 mengenai perizaban kuota berkenaan dengan jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan permit atau lesen dan sebagainya, bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
Musibah jika Malaysia mengesahkan konvensyen ini termaktub dengan rasminya, menerima kandungan konvensyen itu.
Hujah yang dangkal malah suatu helah untuk memansuhkan Perkara 153 bagi tujuan menandantangani Konvensyen ICERD.
Padahal diratifikasi ICERD hendak menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.
Orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, perlu sedar mereka tidak berterus-terang bagi mengelakkan bantahan orang ramai. Sebaliknya golongan ini
hanya mengatakan bahawa pengesahan itu tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153.
Alasan mereka agak tersembunyi kerana secara tersirat Perkara 153 yang menghalang perpaduan.
Agenda pemansuhan Perkara 153, kerana hak kesamarataan akan tercapai.
Kemajmukan kaum, bahasa, budaya dan nilai berakar sejarah negara bertunjang Melayu bumiputera sebagai kaum majoriti lebih 23 juta atau 68% populasi daripada 32 juta penduduk mesti pemberat diratifikasi ICERD malah tahap perpaduan perlu ditangani dengan pembaikan bukan mansuh Akta Hasutan 1948.
Oleh itu kestabilan dan keharmonian kaum yang diasaskan melalui kontrak sosial dan dikanun dalam perlembagaan perlu tokok tambah bukan cari jalan pintas akur perintah ICERD hanya undang mudharat pada negara.
Sekian.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=195801644657675&id=100026835232771
Subscribe to:
Posts (Atom)